Tuesday, 5 November 2013

KAWALAN MOTOR




JENIS JENIS MOTOR ELEKTRIK

  1. Motor Arus Terus.

Motor jenis ini digunakan untuk mengeluarkan nilai torque yang rendah. Kuasa arus terus  disambungkan terus ke pengalir armature melalui berus atau commutator yang mana akan menghasilkan medan megnet pada pemutar rotor. Medan megnet yang terdapat pada pemegun stator akan berlawanan dan akan menyebabkan motor berpusing.

  1. Jenis dan Ciri-ciri Motor Arus Terus.

Motor arus terus dinamakan mengikut jenis belitan medan yang digunakan. Terdapat 3 jenis belitan yang digunakan iaitu, belitan medan siri, belitan medan pirau (selari) dan gabungan belitan medan siri dan pirau. Oleh kerana itu, motor arus terus juga terdiri daripada motor siri, motor pirau dan majmuk. Belitan medan kutub antara dan belitan pamparannya hanyalah belitan tambahan kepada belitan medan utama.

Motor arus terus mempunyai beberapa kelebihan jika dibandingkan dengan motor arus ulang-alik dari segi kawalan kelajuan. Sebab itulah motor arus terus masih digunakan walaupun bekalan arus terus tidak dapat mengatasi beberapa kelebihan bekalan arus ulang-alik. Sila lihat rajah seperti lampiran.

  1. Motor Arus Ulang-alik Fasa Tunggal.

Motor fasa tunggal bererti motor yang menggunakan bekalan satu fasa. Sebahagian besarnya termasuk dalam kumpulan motor kuasa kuda pecahan (kurang daripada 2 k.k) dimana motor ini mudah  dibaiki, murah dan tahan lasak. Motor fasa tunggal boleh dibahagikan kepada beberapa unit atau kumpulan iaitu:-

Motor fasa belah memerlukan belitan tambahan di samping belitan utama. Belitan ini disambungkan selari dengan belitan utama. Belitan tambahan ini akan dibukakan semula setelah motor itu berjalan. Tujuan belitan tambahan ialah untuk mendapatkan dua fasa arus dan seterusnya menghasilkan putaran medan magnet untuk membolehkan motor ini berputar. Motor-motor yang termasuk dalam kumpulan fasa belah ialah:-

i)                    Motor Fasa Belah pemula rintangan tinggi.
ii)                  Motor Fasa Belah pemula pengaruh rintangan tinggi.
iii)                Motor Fasa Belah pemula perengang (resktor).
iv)                Motor Fasa Belah pemula pemuat.
v)                  Motor Fasa Belah pemula pemuat pergerakan pemuat.
vi)                Motor Fasa Belah pemula pergerakan autopengubah dan pemuat.    





nIanya dibina dari tembaga atau aluminium yang ditempatkan ke dalam teras rotor yang berlapisan.
nPengalir-pengalir ini dipasang pada suatu sudut kecil kepada pelit hujung.
nRupa bentuk ini disebut sebagai “skew”.
nTujuannya ialah untuk mengurangkan bunyi bising dan membenarkan motor itu berjalan tanpa terganggu.
nKipas dipasang berasingan,dan alur-alur ganti udara diadakan di dalam teras rotor. 

No comments:

Post a Comment