JENIS JENIS MOTOR ELEKTRIK
- Motor Arus Terus.
Motor jenis ini digunakan untuk mengeluarkan nilai torque yang
rendah. Kuasa arus terus disambungkan
terus ke pengalir armature melalui berus atau commutator yang mana akan
menghasilkan medan
megnet pada pemutar rotor. Medan
megnet yang terdapat pada pemegun stator akan berlawanan dan akan menyebabkan
motor berpusing.
- Jenis dan Ciri-ciri
Motor Arus Terus.
Motor arus terus dinamakan mengikut jenis belitan medan yang
digunakan. Terdapat 3 jenis belitan yang digunakan iaitu, belitan medan siri,
belitan medan
pirau (selari) dan gabungan belitan medan
siri dan pirau. Oleh kerana itu, motor arus terus juga terdiri daripada motor
siri, motor pirau dan majmuk. Belitan medan kutub antara dan belitan pamparannya
hanyalah belitan tambahan kepada belitan medan
utama.
Motor arus terus mempunyai beberapa kelebihan jika dibandingkan
dengan motor arus ulang-alik dari segi kawalan kelajuan. Sebab itulah motor
arus terus masih digunakan walaupun bekalan arus terus tidak dapat mengatasi
beberapa kelebihan bekalan arus ulang-alik. Sila lihat rajah seperti lampiran.
- Motor Arus Ulang-alik
Fasa Tunggal.
Motor fasa
tunggal bererti motor yang menggunakan bekalan satu fasa. Sebahagian besarnya
termasuk dalam kumpulan motor kuasa kuda pecahan (kurang daripada 2 k.k) dimana
motor ini mudah dibaiki, murah dan tahan
lasak. Motor fasa tunggal boleh dibahagikan kepada beberapa unit atau kumpulan
iaitu:-
Motor fasa belah memerlukan belitan tambahan di samping belitan
utama. Belitan ini disambungkan selari dengan belitan utama. Belitan tambahan
ini akan dibukakan semula setelah motor itu berjalan. Tujuan belitan tambahan
ialah untuk mendapatkan dua fasa arus dan seterusnya menghasilkan putaran medan
magnet untuk membolehkan motor ini berputar. Motor-motor yang termasuk dalam
kumpulan fasa belah ialah:-
i)
Motor Fasa
Belah pemula rintangan tinggi.
ii)
Motor Fasa
Belah pemula pengaruh rintangan tinggi.
iii)
Motor Fasa
Belah pemula perengang (resktor).
iv)
Motor Fasa
Belah pemula pemuat.
v)
Motor Fasa
Belah pemula pemuat pergerakan pemuat.
vi)
Motor Fasa
Belah pemula pergerakan autopengubah dan pemuat.
nIanya dibina dari tembaga atau aluminium yang ditempatkan ke dalam teras rotor yang berlapisan.
nPengalir-pengalir ini dipasang pada suatu sudut kecil kepada pelit hujung.
nRupa bentuk ini disebut sebagai “skew”.
nTujuannya ialah untuk mengurangkan bunyi bising dan membenarkan motor itu berjalan tanpa terganggu.
nKipas dipasang berasingan,dan alur-alur ganti udara diadakan di dalam teras rotor.