Wednesday, 6 November 2013

KABEL BAWAH TANAH

KERJA-KERJA MERENTANG KABEL BAWAH TANAH




Pendahuluan
Membuat alur (Trench)
Merentang kabel
Penyambungan / pematian kabel.
Menanaman / menanda kabel
Ujian dan Rekod.
Memeriksa rekod kabel.
Memeriksa kelengkapan dan peralatan.
Merancang kerja-kerja yang hendak dijalankan.
Mewarta kerja-kerja tersebut akan dilakukan kepada pihak terbabit.
   -  Sub kontraktor.
   -  Agensi-agensi yang terlibat.
Lubang Cubaan.
Ini hendaklah dilakukan oleh seseaorang yang mempunyai jawatan sekurang-kurangya Forman


MEMBUAT ALUR (TRENCH)
Meletak papantanda / kon sekiranya perlu semasa kerja pengalian dijalankan.
Kenalpasti lebar dan dalam alur yang diperlukan.
Lakukan kerja-kerja pegalian alur.
Semasa kerja-kerja pengalian dibuat pengawasan pada tempat digali diperlukan bagi mengelak terkena kabel , paip dsbnya yang tidak dapat di kesan.



Sebagai penanda / perisai kabel bawah tanah.
Sebagai pengkukuhan struktur tanah pada kabel berkenaan.
Saiz bata yang digunakan ialah;
       Panjang  -  9 inci.
       Lebar      -  4 inci.
       Tinggi     -  3 inci.






Tuesday, 5 November 2013

MAIN SWITCH BOARD

Asdgoogle.comGOOGLE





          Papan suis utama (PSU) adalah satu komponen atau perkakas pemasangan elektrik yang mula-mula sekali menerima bekalan elektrik sebelum ianya diagih-agihkan ke bahagian-bahagian lain beban atau bangunan. Ia juga merupakan pusat kawalan kepada keseluruhan pemasangan.


Di dalam PSU inilah terdapatnya perkakas suis untuk tujuan kawalan dan perlindungan. Bekalan masuk utama boleh dikawal iaitu ON atau OFF di PSU. Alat dan komponen perlindungan utama yang mengawal dan melindungi keseluruhan pemasangan ditempatkan disini.


         Peranan, saiz fizikal dan fungsi PSU adalah bergantung kepada keupayaan membawa arus, kegunaan PSU itu sendiri serta apakah yang hendak dikawalnya. Ada sesetengah PSU hanya mengawal beban elektrik yang tertentu sahaja misalnya motor-motor elektrik.
Fault level untuk PSU ialah 50kA (dahulu 43KA) atau 31MVA pada 415V untuk selama 1 saat (BS 5486).

OVERHEAD LINE

GOOGLE


SEBAGAI “PENYOKONG” DAWAI PENGALIR DAN LAIN-LAIN BAHAN SUPAYA :
  1) KELEGAAN SELAMAT DARIPADA
        TANAH DAN LAIN-LAIN.

  2) KELEGAAN ANTARA FASA DAN
         NEUTRAL.



JENIS - JENIS TIANG

  1) TIANG KAYU
  2) TIANG KONKRIT BERCERUCUK
  3) TIANG SPUN KONKRIT
  4) TIANG KELULI



3.TIANG SPUN KONKRIT

 
  3.1) SAIZ
     BERBENTUK BULAT DAN MEMBESAR DIBHG
    PANGKAL:
     A) 9 METER PANJANG (140MM/260MM)
     B) 7.5 METER PANJANG (140MM/240MM)
     C) 7.5 METER PANJANG (100MM/175MM)





TRANSFOMER


TRANSFOMER / ALATUBAH ELEKTRIK



  1. Pengubah adalah peralatan elektrik yang paling cekap kerana tidak terdapat bahagian yang bergerak secara fizikal. Berfungsi mengubah atau memindahkan nilai arus dan voltan dari satu tempat ke tempat yang lain.Pemindahan dapat dilakukan sama ada dengan meninggi atau merendahkan voltan bekalan asal



ASAS BINAAN :


nBingkai
nGelung pengalir
nTeras



2.             Pengubah terdiri daripada tiga bahagian penting iaitu teras, belitan utama dan belitan sekunder. Teras diperbuat daripada bahan magnet seperti lapisan besi yang dipadatkan. Teras biasanya terdapat dua jenis iaitu jenis tingkap dan jenis kelompang. Belitan merupakan gegelung pengalir yang berpenebat yang dililitkan ke teras
                   Sekiranya terminal belitan itu disambungkan kebekalan utama, belitan itu dinamakan belitan utama (primari). Dan belitan sekunder disambungkan keperalatan atau pengguna


KAWALAN MOTOR




JENIS JENIS MOTOR ELEKTRIK

  1. Motor Arus Terus.

Motor jenis ini digunakan untuk mengeluarkan nilai torque yang rendah. Kuasa arus terus  disambungkan terus ke pengalir armature melalui berus atau commutator yang mana akan menghasilkan medan megnet pada pemutar rotor. Medan megnet yang terdapat pada pemegun stator akan berlawanan dan akan menyebabkan motor berpusing.

  1. Jenis dan Ciri-ciri Motor Arus Terus.

Motor arus terus dinamakan mengikut jenis belitan medan yang digunakan. Terdapat 3 jenis belitan yang digunakan iaitu, belitan medan siri, belitan medan pirau (selari) dan gabungan belitan medan siri dan pirau. Oleh kerana itu, motor arus terus juga terdiri daripada motor siri, motor pirau dan majmuk. Belitan medan kutub antara dan belitan pamparannya hanyalah belitan tambahan kepada belitan medan utama.

Motor arus terus mempunyai beberapa kelebihan jika dibandingkan dengan motor arus ulang-alik dari segi kawalan kelajuan. Sebab itulah motor arus terus masih digunakan walaupun bekalan arus terus tidak dapat mengatasi beberapa kelebihan bekalan arus ulang-alik. Sila lihat rajah seperti lampiran.

  1. Motor Arus Ulang-alik Fasa Tunggal.

Motor fasa tunggal bererti motor yang menggunakan bekalan satu fasa. Sebahagian besarnya termasuk dalam kumpulan motor kuasa kuda pecahan (kurang daripada 2 k.k) dimana motor ini mudah  dibaiki, murah dan tahan lasak. Motor fasa tunggal boleh dibahagikan kepada beberapa unit atau kumpulan iaitu:-

Motor fasa belah memerlukan belitan tambahan di samping belitan utama. Belitan ini disambungkan selari dengan belitan utama. Belitan tambahan ini akan dibukakan semula setelah motor itu berjalan. Tujuan belitan tambahan ialah untuk mendapatkan dua fasa arus dan seterusnya menghasilkan putaran medan magnet untuk membolehkan motor ini berputar. Motor-motor yang termasuk dalam kumpulan fasa belah ialah:-

i)                    Motor Fasa Belah pemula rintangan tinggi.
ii)                  Motor Fasa Belah pemula pengaruh rintangan tinggi.
iii)                Motor Fasa Belah pemula perengang (resktor).
iv)                Motor Fasa Belah pemula pemuat.
v)                  Motor Fasa Belah pemula pemuat pergerakan pemuat.
vi)                Motor Fasa Belah pemula pergerakan autopengubah dan pemuat.    





nIanya dibina dari tembaga atau aluminium yang ditempatkan ke dalam teras rotor yang berlapisan.
nPengalir-pengalir ini dipasang pada suatu sudut kecil kepada pelit hujung.
nRupa bentuk ini disebut sebagai “skew”.
nTujuannya ialah untuk mengurangkan bunyi bising dan membenarkan motor itu berjalan tanpa terganggu.
nKipas dipasang berasingan,dan alur-alur ganti udara diadakan di dalam teras rotor.